PENGUMUMAN !

"Sambutan Ulang Tahun Ke-30 | Penubuhan KAGOM ROVERS | 1995 ~ 2025"                                                         "Semoga KAGOM ROVERS terus cemerlang dan berbakti"                                                         Pendaftaran Ahli Baharu dan Lama Tahun Telah Dibuka Sekarang!                                                         Jom Sertai Program KAGOM VCs. Pendaftaran PERCUMA! Terbuka kepada individu berumur 15~40 tahun. Sila layari https://bit.ly/kagomrovers                                                         Mulai tahun 2024, Laman Sesawang Rasmi yang baharu adalah di https://bit.ly/kagomrovers

Wednesday, 30 April 2014

JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA PERAK (PIJ 2014)

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri perak akan menganjurkan JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA PERAK / PERAK INTERNATIONAL SCOUTS JAMBOREE 2014 (PIJ 2014) seperti ketetapan berikut:
 
TEMA : "APRESIASI BUDAYA DAN PELANCONGA"
Tarikh : 24 hingga 30 November 2014
Tempat : Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan
Bayaran Penyertaan : RM 80.00 seorang
 
** Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. Peserta-peserta terdiri daripada Pengakap Muda, Remaja yang telah membaharui Pendaftaran Keahlian bagi tahun  2014.
  2. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap Daerah / Negeri / Negara.
  3. Jawatankuasa Pengelola Jambori Pengakap Antarabangsa Negeri Perak Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab sekiranya sebarang kemalangan berlaku semasa Jambori dan ianya adalah tanggungjawab Ketua Kontinjen Negeri / Negara tersebut.
  4. Peserta yang hadir digalakkan mempunyai Insuran Perlindungan secara individu atau kumpulan. Insuran bagi semua Jawatankuasa dan kakitangan Jambori akan diuruskan oleh urusetia.
# Surat & Borang PIJ 2014 :

Untuk maklumat lanjut boleh membuka laman sesawang Jambori Antarabangsa Perak ke-25 atau boleh menghubungi terus pihak penganjur:
 
Telefon/Fax : 09-5360486
Email : jamboriperak@gmail.com 
 
- KAGOM ROVERS -