PENGUMUMAN !

"Sambutan Ulang Tahun Ke-30 | Penubuhan KAGOM ROVERS | 1995 ~ 2025"                                                         "Semoga KAGOM ROVERS terus cemerlang dan berbakti"                                                         Pendaftaran Ahli Baharu dan Lama Tahun Telah Dibuka Sekarang!                                                         Jom Sertai Program KAGOM VCs. Pendaftaran PERCUMA! Terbuka kepada individu berumur 15~40 tahun. Sila layari https://bit.ly/kagomrovers                                                         Mulai tahun 2024, Laman Sesawang Rasmi yang baharu adalah di https://bit.ly/kagomrovers

Wednesday, 18 June 2014

PEJABAT PERTUBUHAN PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA (WOSM) BERPINDAH

SALAM PENGAKAP !! 

 
Ibu Pejabat Pertubuhan Pergerakan Pengakap Se­dunia (WOSM) yang berpangkalan di Geneva, Switzerland sebelum ini telah berpindah secara rasmi di Sentral Vista, Brickfields dekat sini.

Pesuruhjaya Antaraba­ngsa Persekutuan Pengakap Malaysia, Dr. Mohd. Mukhyuddin Sarwani berkata, serentak itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan ibu pejabat baharu WOSM itu pada 18 Jun ini.

Katanya, perpindahan pejabat berkenaan memberi makna yang besar kepada pengakap seluruh dunia termasuk di negara ini.

“Pada masa ini, pergerakan pengakap di seluruh dunia mempunyai ahli seramai 40 juta orang melibatkan 162 negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Ogos tahun lalu, Ketua Setiausaha WOSM, Scott Teare telah mengumumkan hasratnya untuk menempatkan ibu pejabat WOSM di Kuala Lumpur.

Ibu pejabat pertama telah dibina di London, England pada 1920 yang kemudian berpindah ke Ottawa, Canada pada 1959 seterusnya ditempatkan di Geneva sejak 1968 sehingga ke hari ini.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

-KAGOM-