PENGUMUMAN !

"Sambutan Ulang Tahun Ke-30 | Penubuhan KAGOM ROVERS | 1995 ~ 2025"                                                         "Semoga KAGOM ROVERS terus cemerlang dan berbakti"                                                         Pendaftaran Ahli Baharu dan Lama Tahun Telah Dibuka Sekarang!                                                         Jom Sertai Program KAGOM VCs. Pendaftaran PERCUMA! Terbuka kepada individu berumur 15~40 tahun. Sila layari https://bit.ly/kagomrovers                                                         Mulai tahun 2024, Laman Sesawang Rasmi yang baharu adalah di https://bit.ly/kagomrovers

Monday, 8 December 2014

BERITA SEDIH!

Salam Takziah!

Dukacita dimaklumkan bahawa, terutama semua ahli KAGOM ROVERS khasnya dan Ahli Pengakap Malaysia amnya, kita telah kehilangan seorang ahli pengakap yang sejati, yang sentiasa memberi bantuan dan sedia memberi pertolongan walau apa pun keadaan sekalipun. Beliau adalah Ahmad Akmal bin Jamaludin iaitu Bekas Penolong Pemimpin Pengakap Kelana (A) Gombak bagi tahun 2012. Beliau juga bekas kelahiran Ahli Pengakap SMK Sg Kertas (1998 - 2002). Pencapaian tertinggi beliau ialah memiliki Manikayu 2 Butir (Unit Pengakap Kelana). Beliau turut aktif dalam sukarelawan kerja-kerja menyelamat mangsa bencana alam di Indonesia. Untuk makluman semua, beliau telah kembali kerahmatullah pada pagi hari ini 8 Disember 2014 (Isnin) akibat kemalangan jalanraya di Melaka (dalam perjalanan ke tempat kerja). Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham dirahmati dan dimasukkan ke dalam golongan para solihin. Aamiin.