PENGUMUMAN !

"Sambutan Ulang Tahun Ke-30 | Penubuhan KAGOM ROVERS | 1995 ~ 2025"                                                         "Semoga KAGOM ROVERS terus cemerlang dan berbakti"                                                         Pendaftaran Ahli Baharu dan Lama Tahun Telah Dibuka Sekarang!                                                         Jom Sertai Program KAGOM VCs. Pendaftaran PERCUMA! Terbuka kepada individu berumur 15~40 tahun. Sila layari https://bit.ly/kagomrovers                                                         Mulai tahun 2024, Laman Sesawang Rasmi yang baharu adalah di https://bit.ly/kagomrovers

Monday 4 July 2016

TAHNIAH!! #kagomprihatin

KUALA LUMPUR, 24 ~ 25 JUN 2016, Program Singgah Sahur #kagomprihatin anjuran Krew Pengakap Kelana (A) Gombak dengan kerjasama badan NGO iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) telah mengadakan satu program kebajikan gelandangan bertempat di sekitar Kuala Lumpur. Seramai 50 orang ahli pengakap dan badan NGO yang turut serta dalam program ini bagi memberikan sumbangan kepada 500 orang gelandangan.

Jadi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang turut sama terlibat dalam menjayakan program #kagomprihatin kerana sudi bekerjasama dan memberikan sumbangan untuk merealisasikan program ini. 

Antara krew dan badan NGO yang terlibat ialah :-                   
  1. Krew Pengakap Kelana (A) Gombak (KAGOM ROVERS)
  2. Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM)
  3. Krew Pengakap Kelana (E) Gombak              
  4. Krew Pengakap Kelana (C) Hulu Langat
  5. Volunteers
TAHNIAH, SYABAS & JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKANNYA!