PENGUMUMAN !

"Sambutan Ulang Tahun Ke-30 | Penubuhan KAGOM ROVERS | 1995 ~ 2025"                                                         "Semoga KAGOM ROVERS terus cemerlang dan berbakti"                                                         Pendaftaran Ahli Baharu dan Lama Tahun Telah Dibuka Sekarang!                                                         Jom Sertai Program KAGOM VCs. Pendaftaran PERCUMA! Terbuka kepada individu berumur 15~40 tahun. Sila layari https://bit.ly/kagomrovers                                                         Mulai tahun 2024, Laman Sesawang Rasmi yang baharu adalah di https://bit.ly/kagomrovers

SEJARAH PENGAKAP

PENGENALAN

    Kita mungkin telah biasa dengan Pengakap dalam kehidupan seharian kita. Kita melihat mereka semasa di alam persekolahan dan sekarang pula di alam kedewasaan. Ini adalah kerana Pengakapan adalah anak emas dan persatuan tertua di Malaysia dan ini telah menjangkau usia lebih 107 tahun. Jika ditanya apakah itu Pengakapan, jawapan yang pasti  kita  perolehi  adalah  seperti  berkhemah,  malam Pengakap, mengembara,  menolong  orang  dan  lain-lain  lagi.  Tetapi  apakah sebenarnya itu Pengakapan?

      Pengakapan  secara  ringkasnya  adalah  suatu  program  aktiviti  yang penuh dengan cabaran dan pengalaman untuk golongan muda remaja dalam  lingkungan  umur  8  hingga  40  tahun.  Pengakap  adalah  satu pergerakan belia bertaraf antarabangsa untuk melatih golongan belia dan muda remaja agar menjadi warganegara yang berguna. Latihannya adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap serta prinsip-prinsip asas yang telah diperturunkan oleh pengasasnya Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell of Ginwell. Pengakapan merupakan  suatu  aktiviti  fizikal  dan  mental  serta  keinginan  untuk mempelajari  sesuatu.  Ia  merupakan  suatu  sikap  yang  ada  pada golongan belia dan muda remaja. Mereka mempunyai keinginan untuk meneroka,  mengkaji  dan  memajukan  diri  mereka. Pengakapan menyediakan  program  yang  penuh  dengan  akiviti  sedemikian  rupa untuk menampung keinginan dan kehendak mereka yang tidak terhad itu.

      Pengakapan  merupakan  suatu  pengembaraan.  Ia  memberikan pengalaman baru kepada muda remaja, bagaimana untuk mengatasi cabaran dan dugaan serta bagaimana hendak menggunakan peralatan dengan  selamat.  Kehidupan  ini  memerlukan  keberanian,  ketabahandan kekuatan tetapi kita masih lagi ragu-ragu dengan kebolehan belia kita dalam menangani permasalahan menyahut cabaan dan meneroka. Oleh kerana terlalu dikongkong maka ini membantutkan perkembangan minda  belia  kita.  Pengakapan  merupakan  suatu  pembelajaran.  Ini adalah kerana belia belajar dengan lebih efektif apabila mempelajari sesuatu  untuk  diri  mereka  sendiri,  dalam  perbincangan  dan  dalam mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Pengakap terbahagi kepada 4 unit iaitu Pengakap Kanak-Kanak (8 – 12 Tahun), Pengakap Muda (12 – 15 Tahun), Pengakap Remaja (15 – 18 Tahun) dan Pengakap Kelana (17 Tahun ke atas). Setiap unit Pengakap tersebut mempunyai motto atau cogankatanya yang tersendiri. Dalam pada  itu,  cogankata  Pengakap  Kelana  adalah  ‘BERKHIDMAT’. Berteraskan cogankata ini,  maka Pengakap  Kelana diwajibkan untuk melaksanakan  kebajikan  dan  perkhidmatan  seberapa  banyak  yang mungkin demi kepentingan dan kebaikan masyarakat sejagat. 

“ TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU ”
- Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell of Ginwell -


 

_________________________________________________________

SEJARAH PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELAYANG BHARU
[29 Kepong, 16 Gombak, 31 Rawang, 29 Gombak, 86 Gombak]


Nama Penuh Pengerusi/Ketua Kumpulan Pengakap SMSB/SMKSB Mengikut Batch Tahun SPM

1974:

1975:

1976:

1977:

1978:

1979:

1980: 

1981:

1982: Nor Asri bin Rahmat

1983: Yusman bin Yusof

1984: Mohd Nor Sham Rahmat

1985: Khairul Anwar bin Yaakob

1986: Roshelmi bin Hussein

1987:

1988: Khairul Azman

1989: Roslan bin Basarudin

1990: Abdul Rahman bin Abdul Rahim

1991: Zainal Abidin bin Md Noor

1992: Omar bin Abdul Rashid

1993: Noranita bt Mohd Zahri

1994: Md Yusri bin Md Yusoff

1995: Riszal bin Isharuddin

1996:

1997: Mohd Farouk bin Daud

1998: Mohd Haszerin bin Mohd Alim

1999: Fairul Anuar bin Md Derus

2000: Mohd Sirri Saqti bin Ishak

2001: Ahmad Faizal bin Rasip

2002: Amir Fariq bin Azmi

2003: Mohd Sakirin bin Nasrudin

2004: Muhammad Muzakkir bin Moh Sakeri

2005: Mohd Jeffreen bin Mohd Khadzri

2006: Muhammad Muzakkir bin Moh Sakeri

2007: Mohd Afiq bin Haris

2008: Mohd Hafiz bin Mansor

2009: Nazrul bin Abu Bakar

2010: Mohammad Firdaus bin Ahmad

2011: Mohammad Firdaus bin Ahmad

2012: Muhammad Zulhasbullah bin Zakran

2013: Anuar Syahadad bin Akiruddin

2014: Ramadhan bin Ruslan Efendi

2015: Muhammad Raziq bin Ramlan

2016: Nur Hazimah bt Akiruddin

2017: Daisy Puteri Atirah bt Hasan

2018: Nur Shahira bt Akiruddin

2019: Muhammad Hakimi bin Shamsul Arifin

2020: Adam Putra bin Mohd Rizal