PENGUMUMAN !

"Sambutan Ulang Tahun Ke-30 | Penubuhan KAGOM ROVERS | 1995 ~ 2025"                                                         "Semoga KAGOM ROVERS terus cemerlang dan berbakti"                                                         Pendaftaran Ahli Baharu dan Lama Tahun Telah Dibuka Sekarang!                                                         Jom Sertai Program KAGOM VCs. Pendaftaran PERCUMA! Terbuka kepada individu berumur 15~40 tahun. Sila layari https://bit.ly/kagomrovers                                                         Mulai tahun 2024, Laman Sesawang Rasmi yang baharu adalah di https://bit.ly/kagomrovers

TERMA & SYARAT

SYARAT - SYARAT KEAHLIAN
  1. Bersedia  menjalani  ujian  Lencana  Keahlian  (jika  ahli  baru  dalam Pengakap),  Syarat-syarat  Percubaan  Bakal  Pengakap  Kelana  dan  Istiadat Perlantikkan Pengakap Kelana.
  2. Mempunyai  keterampilan  yang  kemas  dan  disiplin  diri  di  dalam berperaturan pemakaian seragam Pengakap yang lengkap dan sebenar.
  3. Berkelakuan baik dan menunjukkan kepimpinan yang boleh dicontohi.
  4. Mematuhi, mengamalkan dan menghayati Persetiaan, Undang-undang Pengakap dan Rukunegara.
  5. Mempertingkatkan ilmu kemahiran berpengakap yang secukupnya dan rukun-rukun  agamanya  setaraf  dengan  usianya  serta  bersedia mengamalkannya  untuk  diri  sendiri,  keluarga,  pergerakan  Pengakap,masyarakat dan negara.
  6. Mengikuti sepenuhnya di dalam sesuatu program dan latihan di dalam Skim Latihan Pengakap Kelana, Kursus Kepimpinan Dewasa dan anjuran krew serta  kedatangan  hendaklah  tidak  kurang  daripada  90%  di  dalam  aktiviti, perjumpaan dan mesyuarat bulanan.
  7. Bersedia  membantu  dan  mempertingkatkan  taraf  krew  dari  segi pengurusan,  pentadbiran,  kewangan,  program,  latihan  dan  lain-lain  serta melaksanakan tugas-tugas (amanah) yang diberi dengan sehabis baik
  8. Menjalankan kerja-kerja perkhidmatan awam dengan sehabis baik dan mewujudkan perhubungan awam.

CARA MENGISI & MENGHANTAR BORANG PENDAFTARAN KAGOM ROVERS
  1. Muat turun Borang PPM 1B di sini dan cetak
  2. Klik -> Borang Keahlian KAGOM ROVERS (Google Form) atau dipautan https://bit.ly/daftarKAGOM
  3. Isi borang dengan LENGKAP
  4. Scan borang tersebut dan EMAIL kepada kami di kagomrovers@gmail.com
  5. Buat pembayaran yuran keahlian melalui kaedah Cash Deposit / ATM Transfer / Online Transfer ke akaun Maybank 562508512864 atas nama KREW PENGAKAP KELANA (A) GOMBAK.
  6. Jika membuat pembayaran menggunakan kaedah Online Transfer sila letakkan alamat email kami di ruangan email sebagai bukti pembayaran manakala jika membuat pembayaran melalui kaedah Cash Deposit / ATM Transfer sila simpan slip berkenaan dan scan kemudian email kepada kami sebagai bukti pembayaran. BUKTI PEMBAYARAN adalah amat penting bagi melengkapkan status pendaftaran anda.
  7. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di sini 

YURAN PENDAFTARAN AHLI KAGOM ROVERS

  1. Ahli Baru : RM 50.00 (setahun)
  2. Ahli Lama (Pembaharuan / Renewal) : RM 40.00 (setahun)